Setakat hari ini saudara Johan dan saudari Norlia sudah membuat pembayaran.Yang lain masih ditunggu diharapkan dapat dijelaskan dengan segera.Terima kasih kepada kedua dua sahabat kita.
Petang tadi saya berkunjung kerumah Puan Maimon meninjau utk membuat persiapan Perjumpaan Hari Raya pada 4hb Okt 2008.Kawasannya ok sesuai utk perjumpaan.
Saya difahamkan rumah berkembar dgn 'Home stay'.Ada kolam ikan sesuai utk memancing (ikan jelawat ,keli dan banyak lagi.)ada 'jungle trek' dan ada padang utk sukaneka.Memang sesuai untuk keluarga dan berkumpulan.
08 September, 2008
Puan Rashidah telah menetapkan harga RM50.00 seorang untuk perbelanjaan mengadakan Reunion yang akan diadakan dirumah puan Maimon di rumahnya Air Kuning.Jika ada lebihan kita simpan dalam tabung untuk Reunion akan datang.Saya difahamkan mereka hendak diadakan setiap tahun.Sama sama kita berbincang apabila kita berjumpa nanti.
03 September, 2008
Hari ini Puan Jamaliah Abdullah minta maaf tak dapat datang pd hari Reunion nanti kerana akan balik keKedah hantar anak sekolah disana dan kirim salam pd semua.